Connect with us

Oh! Media

“Tahniah PH” – Najib Sindir Dan Dedahkan Jumlah Hutang Langsung Negara Ketika PH Memerintah?

3404c0e7 158d 4333 ad38 a8860e265270

Oh! Negara

“Tahniah PH” – Najib Sindir Dan Dedahkan Jumlah Hutang Langsung Negara Ketika PH Memerintah?

Hutang langsung negara telahpun mencecah RM1 trilion dan perkara ini dikatakan sendiri Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi pada Jumaat lepas.

BACA : Najib Dituduh Ucap “Selamat Tinggal” Kepada Tun M, 2 Individu Akan Disaman?

Menurut laporan daripada mStar, hutang negara naik daripada RM686.8 bilion pada tahun 2017 kepada RM1,002.9 bilion dengan kenaikan sebanyak 46 peratus.

IKLAN

Najib juga turut mengucapkan tahniah secara sinis kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana visi mereka untuk hutang negara telah mencecah jumlah itu menerusi Facebooknya.

Tahniah PH, tahniah (Lim) Guan Eng, tahniah Abahkau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan tahniah Atuk (Tun Dr Mahathir Mohamad!).

Realitinya ialah masa saya (menjadi) PM (Perdana Menteri), pertumbuhan ekonomi adalah laju dan defisit kerajaan telah turun lapan tahun berturut-turut sebelum ia dinaikkan dengan laju selepas PRU14.

Kadar kenaikan hutang kerajaan naik dengan cepat ketika ini berbanding dengan zaman pemerintahannya.

16949409 5d8b 4426 80ba e3ce97f3df78

Katanya lagi, ekonomi negara juga makin lembab selepas GST dimansuhkan, Petronas dijarah dan aset-aset negara ada yang dijual secara rambak.

Bukan tu jer, Najib juga berkata bahawa hutang langsung yang ditunjukkan itu bukanlah perkara yang tidak benar kerana ianya adalah cara dunia mengira hutang sesebuah negara.

Apa pandangan korang? Apapun, semoga ekonomi negara kita segera pulih dan wabak yang melanda ketika ini berakhir dengan cepat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas