Oh! Negara
Sultan Selangor Bertegas Pula Isu Kuil Tanpa Kebenaran
Sultan Selangor titah isu pembinaan 687 kuil tanpa kebenaran perlu dihentikan segera.
Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tampil memberi peringatan tegas tentang pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di negeri itu.
Baginda menekankan bahawa setiap pembinaan mesti mendapat kelulusan kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti yang ditetapkan undang-undang.
Isu ni timbul lepas pihak Kerajaan Negeri Selangor maklumkan kepada Baginda tentang statistik pembinaan kuil Hindu yang tidak sah sehingga 31 Januari 2026. Jumlahnya bukan sikit, tapi cecah ratusan!
687 kuil dibina tanpa kelulusan

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, sebanyak 687 kuil Hindu telah dibina tanpa kebenaran di negeri Selangor.
Daripada jumlah itu, 388 kuil dibina atas tanah milik kerajaan dan selebihnya, 299 kuil pula didirikan atas tanah milik persendirian.
Jumlah kuil tanpa kebenaran ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi masyarakat India beragama Hindu sekitar lebih kurang 11.3% di Negeri Selangor.- Katanya.
Pendirian seiring dengan kerajaan persekutuan

Titah Baginda juga selari dengan pendirian tegas kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri. Prinsip tadbir urus yang baik dan pematuhan undang-undang perlu diamalkan dalam setiap pembangunan.
Sultan Selangor turut tegaskan rumah ibadat perlu dibina berdasarkan permohonan rasmi dan kelulusan yang sah.
Baginda turut menitahkan agar pihak berkuasa sentiasa memantau isu pembinaan rumah ibadat, sama ada di tanah kerajaan mahupun tanah persendirian.
Isu pembinaan kuil tanpa kebenaran ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak sejak sekian lama dan telah menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.- Katanya.
Perlu penyelesaian segera


Sultan Sharafuddin jelas mahukan penyelesaian tuntas terhadap isu ini yang dilihat berlarutan dan boleh mengganggu kestabilan masyarakat. Baginda mahu semua pihak terlibat memainkan peranan untuk memastikan perkara ini tidak terus berulang.
Pssttt! Ohmedia harap korang faham pentingnya ikut prosedur dan undang-undang, lebih-lebih lagi bila melibatkan isu sensitif macam ni. Keamanan dan keharmonian masyarakat kita semua tanggungjawab bersama.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM