Connect with us

Oh! Media

SPRM Beku 41 Akaun Milik Aman Palestin, Seleweng RM70 Juta Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Kegunaan Lain

Hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Negara

SPRM Beku 41 Akaun Milik Aman Palestin, Seleweng RM70 Juta Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Kegunaan Lain

Aman Palestin salah guna sumbangan rakyat Malaysia untuk Palestin? Itulah apa yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendapati pertubuhan NGO itu seleweng RM70 juta dana awam.

Disebabkan itu, SPRM telah membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain yang terlibat dengan Aman Palestin.

Pihak SPRM sebelum ini telah menjalankan siasatan sejak 17 Oktober 2023 dengan menggeledah premis mereka.

IKLAN

Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

Setakat ini beberapa orang saksi penting telah dirakam keterangan dan hasil siasatan mendapati dana RM70 juta telah disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif asal syarikat.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas