Connect with us

Oh! Media

Sah! Annuar Musa Dan Isteri Shahidan Kassim Antara Yang Dipecat UMNO

Annuarmusa

Oh! Negara

Sah! Annuar Musa Dan Isteri Shahidan Kassim Antara Yang Dipecat UMNO

Kecoh semalam apabila parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan telah memecat beberapa tiga pemimpin selepas didakwa telah mencela parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BACA: “Beritahu Saya Negara Mana Yang Buat?” – Tan Sri Annuar Musa Tak Setuju Gaji Menteri Dipotong Tangani Inflasi

Perkara itu disahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi selepas satu perbincangan diadakan majlis tertinggi itu semalam.

IKLAN
1997983
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Annuar Musa dan isteri Shahidan Kassim antara yang dipecat

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ketereh disahkan menjadi antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya.

Ini respon mengejut annuar musa selepas didakwa dipecat dari umno
Tan Sri Annuar Musa

Memetik laporan Bernama, selain Annuar, dua lagi pemimpin yang dipecat adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang merupakan isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah
Datuk Seri Shamsiah Yasin

Untuk info, jawatan Shamsiah dan Fatimah telah pun digantung buat sementara pada bulan lalu selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fatimah yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga didapati bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Screenshot 2022 12 09 at 161907
Datin Seri Fatimah Kassim

Sementara itu, Annuar pula dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama PH.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada UMNO, Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas