Connect with us

Oh! Media

Rosmah Tak Nak Gelang Berlian, Najib Hantar Representasi Tuntutan 7 Jam Tangan

Rosmah Mansor

Oh! Negara

Rosmah Tak Nak Gelang Berlian, Najib Hantar Representasi Tuntutan 7 Jam Tangan

Rosmah Mansor yang sebelum ini membuat tuntutan mahukan seutas gelang berlian emas putih bernilai AS$220,500 yang disimpan dalam bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM) sudah menarik balik tuntutan tersebut.

BACA: Cubaan Rosmah Mansor Untuk Rayuan Batal Kes Rasuah Solar Gagal Selepas Ditolak Mahkamah

Menerusi laporan Kosmo, Peguam Rosmah, Azamuddin Abd. Aziz menyatakan penarikan balik tuntutan tersebut akan menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.

IKLAN
Image 6

Anak guam kami tidak lagi meneruskan tuntutan gelang emas berlian. – Azamuddin Abd. Aziz

Peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL dari Lubnan juga telah mengesahkan penarikan tuntutan gelang emas tersebut.

Image 8

Dalam prosiding yang sama juga, peguam Syazwani Mohd. Zawawi yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan pihaknya telah menghantar representasi berkaitan tuntutan Najib ke atas 7 utas jam tangan.

Representasi tersebut sedang dikaji oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin. Jika ada sebarang perkembangan, pihaknya akan maklumkan kepada mahkamah.

Kami juga memohon tarikh meminda notis usul berkaitan pelucuthakan harta iaitu 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 tangan yang disita di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018.

Pihak pendakwaan percaya pindaan notis usul tidak memprejudiskan mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan keperluan undang-undang.

Pendengaran seterusnya telah ditetapkan pada tarikh 26 dan 27 September.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas