Connect with us

Oh! Media

Cubaan Rosmah Mansor Untuk Rayuan Batal Kes Rasuah Solar Gagal Selepas Ditolak Mahkamah

rosmah mansor

Oh! Negara

Cubaan Rosmah Mansor Untuk Rayuan Batal Kes Rasuah Solar Gagal Selepas Ditolak Mahkamah

Nampaknya pihak Mahkamah Persekutuan hari ini telah menolak rayuan Datin Seri Rosmah Mandor untuk membatalkan kes rasuah projek solar untuk sekolah luar bandar Sarawak.

ADVERTISEMENT

Perkara itu diputuskan oleh tiga orang hakim yang diketuai oleh Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Ini merupakan cubaan kali kedua Rosmah selepas turut gagal ketika di Mahkamah Rayuan. Selepas ini, Mahkamah Tinggi pula akan mengumumkan keputusan kes terhadap Rosmah pada 7 Julai depan.

Untuk pengetahuan korang, Rosmah sekarang berdepan dengan pertuduhan meminta rasuah sebanyak RM187.5 juta dan telah menerima RM6.5 juta bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di Sarawak.

Rasuah itu telah diminta dari Saidi Abang Samsudin yang juga merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. di mana Rosmah mewakilkan Datuk Rizal Mansor dengan 15 peratus nilai kontrak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jika Rosmah didapati bersalah terhadap pertuduhan ke atas dirinya, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilau rasuah mengikut Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas