Oh! Negara
Ramly Burger Dan Syarikat Ais Tangguh Naik Harga Lepas Dipanggil KPDN
Ramly Burger dan pengeluar ais setuju tangguh kenaikan harga lepas dipanggil KPDN beri penjelasan.
Dua nama besar yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, Ramly Burger dan satu syarikat pengeluar ais, sebelum ini difahamkan merancang untuk menaikkan harga produk masing-masing.
Langkah itu bagaimanapun ditangguhkan selepas kedua-dua syarikat terbabit dipanggil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk beri penjelasan.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan perkara ini ketika mengulas situasi semasa kenaikan harga barang, terutama selepas pelaksanaan semakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
KPDN beri nasihat dan tegaskan rujuk pihak berkuasa dulu…
Dalam pertemuan yang berlangsung pada Selasa lalu, kedua-dua syarikat ini telah diberikan nasihat dan saranan supaya mendapatkan pandangan Bahagian Penguat Kuasa KPDN terlebih dahulu sebelum mengambil langkah menaikkan harga.
Menurut Armizan, keputusan untuk menangguhkan kenaikan harga telah dimaklumkan secara rasmi oleh kedua-dua syarikat pada 1 Julai lalu.
Kedua-dua syarikat ini telah maklumkan pada 1 Julai lepas (Selasa) bahawa mereka menangguhkan untuk menaikkan harga.- Katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Peningkatan kos operasi jadi alasan Ramly Burger naikkan harga…
Tambah beliau, sebab utama kedua-dua syarikat merancang menaikkan harga adalah kerana peningkatan kos operasi. Bukan kerana SST.
Dalam masa yang sama, KPDN turut menasihati pihak syarikat agar menyediakan dokumen sokongan sekiranya benar terdapat bebanan kos yang mendesak. Ini selaras dengan kehendak Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Kita nasihatkan sekiranya benar, ada maklumat tertentu yang perlu mereka bekalkan yang dituntut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.- Katanya lagi.
Walaupun berita ini sedikit melegakan pengguna, ramai masih meluahkan kebimbangan bahawa langkah penangguhan ini hanya bersifat sementara. Dengan kos operasi yang semakin meningkat, kemungkinan harga produk sejuk beku dan ais akan naik tetap ada.
Pssttt! Bila ada syarikat nak naikkan harga, penting untuk kita tahu sebab sebenar dan bukan terus salahkan kerajaan atau SST semata-mata. Kadang-kadang punca utama datang dari kos operasi yang dah tak terkawal. Tapi korang jangan risau, sebab ada badan macam KPDN yang pantau dan pastikan setiap kenaikan harga tu ada asas yang kukuh. Sebagai pengguna, kita pun kena sentiasa peka dan tahu hak kita dalam isu harga barangan harian.
Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM