Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Jadi Mangsa Ugutan Video Lucah Dengan Lelaki

Ohmedia rafizi ramli ugutan video lucah

Oh! Negara

Rafizi Ramli Jadi Mangsa Ugutan Video Lucah Dengan Lelaki

Rafizi Ramli dedah terima ugutan video lucah bersama tuntutan wang RM420,000.

Bila sebut pasal ugutan, nama Datuk Seri Rafizi Ramli nampaknya memang tak pernah lekang daripada jadi sasaran. Terbaru, bekas Menteri Ekonomi itu sekali lagi mendedahkan dirinya diugut melalui satu video lucah yang kononnya melibatkan beliau dengan seorang lelaki.

Lebih mengejutkan, ugutan itu datang bersama tuntutan wang tunai bernilai AS$100,000 iaitu kira-kira RM420,000 agar video tersebut tidak disebarkan kepada umum.

Rafizi Ramli terima ugutan melalui e-mel misteri…

Difahamkan, ugutan terbaru itu diterima Rafizi melalui satu e-mel daripada individu tidak dikenali pada 3 September lalu. Katanya, tangkap layar video itu memaparkan seorang lelaki berada di atas katil dalam keadaan kabur, namun wajahnya dikatakan menyerupai beliau.

IKLAN

Screenshot video itu nampak seperti seorang lelaki di katil bilik dan setting kabur macam video yang pernah ada dahulu. Cuma nampak macam muka saya ada di situ.- Katanya.

Walaupun berdepan ugutan besar, Rafizi tetap tenang dan langsung tidak gentar. Beliau percaya video berkenaan hanyalah bahan lama yang telah disunting semula dengan tujuan untuk memfitnah serta menggodam peranti elektronik miliknya.

Sudah empat kali jadi mangsa dalam sembilan bulan…

Menurut Rafizi, cubaan kali ini jauh lebih berbahaya kerana melibatkan firma antarabangsa yang didakwa cuba menggodam iPhone dan akaun Apple beliau.

Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon serta peranti lain yang berkaitan.- Ujarnya lagi.

Ini bukan kali pertama Rafizi menerima ugutan. Malah, ini merupakan kali keempat beliau jadi sasaran dalam tempoh sembilan bulan. Antara tarikh ugutan yang pernah diterima termasuklah pada 14 November 2024, 6 Mac, 25 Jun dan terbaru 3 September 2025.

Menariknya, bukan Rafizi sahaja yang menerima ugutan kali ini. Ahli Parlimen Subang, Wong Chen juga dilaporkan mendapat e-mel yang sama pada hari yang sama.

Pssttt! Korang tengoklah sendiri, walaupun teknologi makin canggih, tak semua orang guna untuk kebaikan. Kes macam ni jadi peringatan supaya kita semua sentiasa berwaspada dengan ugutan siber. Jangan mudah panik bila terima mesej pelik, dan sebaiknya terus laporkan pada pihak berkuasa. Macam Rafizi kata, kalau yakin diri tak salah, tak payah takut dengan fitnah.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas