Connect with us

Oh! Media

prebet syafiq

Oh! Negara

Prebet Syafiq Sangka Hanya Hilang Dua Hari, Tak Nafi Ada Perkara Mistik

Bila masuk ke dalam hutan ni, kita memang tak nafikan ada banyak makhluk lain yang tinggal di situ. Ini mungkin juga dirasai prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim yang hilang ketika bertugas dalam OP UKUR di Limbang pada 18 Jun.

Prebet Syafiq yang ditemui pada 6 Julai iaitu hampir 3 minggu hilang bagaimanapaun merasakan dirinya hanya terpisah daripada pasukan selama 2 hari.

IKLAN

Kenyataan Syafiq itu dimaklumkan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di mana Syafiq berkata demikian ketika ditemu ramah.

Syafiq berusaha ikut anak sungai dan cari tanda-tanda yang ditinggalkan pasukan…

Syafiq juga telah berusaha untuk menjejaki kembali pasukannya namun gagal dan perlu bertahan sendiri untuk terus hidup.

Dalam tempoh lebih kurang dua hari, dia cuba menyusuri sungai-sungai dan tanda-tanda yang ada untuk kembali kepada pasukan.

Pada hari kita jumpa itu, dia nampak khemah JUPEM dan soalan pertama dia adalah ‘ini askar Brunei ke’ sebab dia takut mungkin telah sesat ke Brunei.

Jeneral tidak menafikan kehilangan Syafiq ada kaitan dengan perkara mistik…

Realitinya, kita tidak boleh menafikan perkara mistik walau macam mana canggih kita dalam teknologi, mistik sentiasa ada cuma sukar untuk kita buktikan.

Sebab itu dalam pencarian, kita juga menggunakan cara tradisional iaitu bantuan daripada ustaz dan pengamal perubatan setempat yang mungkin lebih faham dengan keadaan situ. Penduduk tempatan juga membantu dan mereka tahu kawasan tersebut agak keras.

Maklum beliau lagi, keadaan fizikal, mental dan rohani Muhammad Syafiq kini dalam keadaan stabil dan normal.

prebet syafiq

Jap!


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas