Connect with us

Oh! Media

Pemerintahan Kerajaan Baru, Ini Adalah Lima Perkara Dalam ‘Pemerhatian’ Anwar Ibrahim

20221206 150634 0000

Oh! Negara

Pemerintahan Kerajaan Baru, Ini Adalah Lima Perkara Dalam ‘Pemerhatian’ Anwar Ibrahim

Hampir dua minggu Dato Seri Anwar Ibrahim bergelar Perdana Menteri dan beliau memaklumkan beberapa perkara telah menjadi perhatiannya sejak akhir-akhir ini.

BACA: “Muhyiddin Jangan Cabar Saya” – Anwar Ibrahim

Anwar telah memaklumkan terdapat lima perkara dalam pemerhatiannya setelah mempengerusikan mesyuarat kabinet pertaman semalam.

IKLAN

Kontrak 5G Telekomunikasi

Image 24

Anwar memaklumkan bahawa kontrak yang diberi oleh kerajaan sebelum ini tidak dibuat secara terus dan tanpa melalui proses tender yang betul.

Oleh itu, Anwar telah mengarahkan untuk menyemak semula kontrak rangkaian 5G bernilai hampir RM11 bilion dari agensi Kementerian Kewangan, Digital Nasional Berhad (DNB) kepada telekomunikasi Sweden, Ericsson.

Padiberas Nasional Bhd (Bernas)

Image 25

Selain itu, Anwar juga telah ‘menegur’ pemilik kepada Bernas, Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk berkongsi keuntungan dengan pesawah miskin.

Syarikat itu kemudian bersetuju untuk memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah miskin pada bulan ini dan RM50 juta mulai tahun depan.

Projek Tebatan Banjir

Image 26

Selain kontrak 5G telekomunikasi, Anwar juga meminta untuk mengkaji semula ketelusan projek tebatan banjir yang lulus dn bernilai RM7 bilion daripada nilai keseluruhan sebanyak RM15 bilion. Menurut Anwar, projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan lepas tanpa melalui rundingan terus tanpa proses tender.

Kontrak RM600 milik kerajaan PN

Image 27

Isu ‘perlanggaran’ dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender ketika parti PN mengetuai kerajaan juga menjadi perhatian Anwar.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menafikan isu itu dan membangkitkan bahawa pihak parti lawan mungkin terkeliru dengan peruntukan RM530 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi.

Duit judi untuk kempen PN

Image 28

Perdana Menteri itu juga membayankan sebahagian dana pilihan raya parti PN telah diambil daripada syarikat judi yang terlibat dengan cabutan khas nombor ekor.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin menolak dakwaan itu dan mencabar Anwar untuk membuktikan atau akan berdepan dengan tindakan saman.

Ha, apa pendapat bagi pembaca Oh! Media pula tentang berita politik kali ini?

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas