Connect with us

Oh! Media

“Namakan Seorang Calon PM” – YDP Agong

ba6b005f e2ef 44e3 9719 14f95a6c2691

Oh! Negara

“Namakan Seorang Calon PM” – YDP Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah meminta semua Ahli Parlimen untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri dengan pilihan masing-masing.

BACA : “Terima Kasih Abah” – Ucapan Muhyiddin Yassin Undang Rasa Sebak Netizen

Menerusi laporan Kosmo Online, satu notis daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberitahu bahawa surat akuan tersebut perlu mempunyai beberapa butiran didalamnya dan tidak mempunyai format tertentu.

IKLAN

Jelasya lagi, antara butiran yang perlu ada ialah identifikasi Ahli Parlimen yang secukupnya, identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli Parlimen tersebut serta penyataan kepercayaan yang jelas, terang dan tanpa syarat.

Surat akuan yang berhormat hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya Rabu, 18 Ogos 2021 sebelum pukul 4 petang untuk perhatian Kolonel Datuk Nazim Mohd. Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa dia dan ahli Jemaah Menteri lain telah menyerahkan warkah jawatan sebagai perdana Menteri dan Seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas