Connect with us

Oh! Media

Mukhriz Mahathir Curi Perhatian Bila Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah

Ohmedia mukhriz Mahathir

Oh! Negara

Mukhriz Mahathir Curi Perhatian Bila Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah

Dato’ Seri Mukhriz hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan, tarik perhatian ramai.

Kehadiran Dato’ Seri Mukhriz Mahathir di Mahkamah Rayuan hari ini ternyata mencuri perhatian ramai apabila beliau dilihat berdiri teguh di sisi YB Syed Saddiq.

Momen itu dirakam dalam satu klip video yang dimuat naik di Instagram Beautifulnara, menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah itu setia menemani Syed Saddiq di saat getir.

Mukhriz Mahathir bersama Syed Saddiq di mahkamah

Turut kelihatan hadir memberikan sokongan moral adalah selebriti terkenal, Bella Astillah dan ahli keluarga kepada Ahli Parlimen Muar itu.

IKLAN

Hari ini, nasib Ahli Parlimen Muar akan diketahui sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman tersebut selepas Syed Saddiq didapati bersalah di atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Pssttt! Tindakan Mukhriz hadir ke mahkamah secara terbuka menunjukkan solidariti dan sokongan moral yang kuat buat bekas Menteri Belia dan Sukan itu. Semoga keadilan kepada pihak yang benar.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas