Connect with us

Oh! Media

MOM Kecewa Dan Kata Adam Adli Tak Matang Sebab Dakwa Badan Sukan Amal Rasuah

Timbalan menteri sukan adam adli ohmedia

Oh! Negara

MOM Kecewa Dan Kata Adam Adli Tak Matang Sebab Dakwa Badan Sukan Amal Rasuah

Timbalan Menteri Sukan, Adam Adli Abd Halim dalam satu kenyataannya baru-baru ini mendakwa ingin membersihkan badan sukan negara yang dilihat dibelenggu dengan gejala rasuah.

Dakwaan Adam bagaimanapun dianggap tidak matang oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Presiden Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria dan menggesa Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu untuk menjustifikasikan dakwaan beliau.

Sepatutnya lakukan perjumpaan dahulu sebelum buat sebarang kenyataan berat seperti itu.

Sebagai badan penaung 57 Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), MOM amat kecewa dengan kenyataan Adam Adli yang tidak mempunyai justifikasi dan tidak disokong oleh sebarang bukti.

Sepatutnya Adam Adli hendaklah mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum mengeluarkan kenyataan menyeluruh yang menceriminkan pemahaman yang lemah mengenai struktur sedia ada.

Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) diiktiraf

NSA dikatakan telahpun diiktiraf sebagai persatuan model dan mematuhi prinsip amalan terbaik tadbir urus dan menjadi contoh.

IKLAN

Meskipun NSA terbabit tidak sempurna dan beroperasi dalam kekangan, anda tidak boleh menyamakan kami dengan mereka yang kurang bertanggungjawab.

Tidak dinafikan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki namun tindakan mendakwa badan sukan mengamalkan rasuah adalah prejudis serta tidak matang. – Katanya lagi.

Kita harapkan pihak kementerian dapat bekerjasama dengan NSA bagi menambah baik kualiti sukan negara.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas