Connect with us

Oh! Media

visit malaysia 2026

Oh! Negara

Menteri Pelancongan Beri Penjelasan Isu Montaj Tahun Melawat Malaysia Tiada Masjid

Baru-baru ini, video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) mengundang perdebatan kerana elemen masjid tidak dimasukkan walaupun ada paparan rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil.

Menjawab kepada kritikan tersebut, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, video pendek 41 saat yang dilancarkan baru-baru ini hanyalah gambaran awal dan bukannya versi lengkap.

IKLAN

Elemen masjid akan ditonjolkan dalam video promosi penuh

@drradzijidin

Dah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Ada yang tanya saya, “Kenapa tak ada masjid dalam video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Tapi rumah ibadat yang lain ada”. Emmm… Menteri Pelancongan kena jawab ni! Nota: Video diambil daripada Facebook Tourism Malaysia (Malaysia Truly Asia) #DRJ #visitmalaysia #VM2024 #fyp

♬ Sunrise – Official Sound Studio

Jelasnya lagi, elemen masjid akan ditonjolkan dalam video promosi penuh VM 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat.

Beliau berharap semua pihak memahami bahawa video pelancaran tidak boleh terlalu panjang atau terperinci.

Malaysia mempunyai pelbagai keindahan dan keunikan di negara ini termasuk seni bina masjid yang memukau.

Untuk itu, elemen-elemen tersebut telah dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus, di mana video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, elemen yang menonjolkan seni, budaya dan daya tarikan pelancongan secara menyeluruh seperti silat, tarian ngajat dan tarian sumazau akan turut disertakan di dalam video.

Kesal ada pihak cuba memanipulasi

visit malaysia

Beliau menegaskan, video tersebut bukan bertujuan membezakan agama tetapi untuk mempromosikan keunikan seni, budaya, perkembangan ekonomi dan perpaduan Malaysia.

Beliau menyatakan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi isu ini untuk kepentingan perkauman dan agama.

Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita, bukan usaha promosi yang dilakukan oleh kementerian.

King Sing menentang keras tindakan segelintir pihak memutar belit usaha kementerian untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Beliau menyeru semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan membiarkan ianya menjadi penghalang keharmonian masyarakat, seterusnya menjejaskan imej negara kita di persada dunia.

visit malaysia 2026

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas