Connect with us

Oh! Media

Maskot ‘Visit Malaysia 2026’ Didakwa Guna AI, Anak Pereka Tampil Beri Penjelasan

Ohmedia copy of Untitled Design 14

Trending

Maskot ‘Visit Malaysia 2026’ Didakwa Guna AI, Anak Pereka Tampil Beri Penjelasan

Kementerian Pelancongan baru-baru ini telah melancarkan logo dan maskot Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

BACA: Malaysia Lancar Kempen Visit Malaysia 2026, Maskot Beruang Matahari Curi Tumpuan

Namun, selepas pelancaran, timbul dakwaan daripada netizen yang mempersoalkan ‘originality’ rekaan maskot ‘Beruang Matahari Malaya’ itu dengan mengaitkan adakah ianya dijana oleh teknologi Artificial Intelligence (AI) ataupun tidak.

IKLAN

Anak pereka jawab siap beri bukti lukisan bapanya

Image
Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi aplikasi X, seorang pengguna bertanya sama ada maskot ini direka oleh AI. Tidak lama selepas ciapan tersebut tular, seorang pemilik akaun bernama Muhdhelmiyani muncul memberi penjelasan mengenai persoalan itu.

Helmiyani mendedahkan bahawa maskot tersebut sebenarnya hasil rekaan bapa beliau dan turut berkongsi gambar proses pembuatannya.

Hi this is not AI, this is an original drawing by ayah saya.-Katanya

Maskot yang diberikan nama Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen yang akan mempromosi industri pelancongan Malaysia diperingkat antarabangsa.

Ggsubxfbkaaqqbi
Kredit foto X Muhdhelmiyani

Ada yang percaya dan ada yang tidak…

Image
Kredit foto Visit Malaysia

Walaupun anak pereka tersebut telah menjelaskan keaslian rekaan maskot itu, namun masih ada segelintir netizen tetap berpendapat bahawa idea asalnya masih dipengaruhi oleh AI.

L1
L2
L3
L5
L4
Ohmedia copy of Untitled Design 14

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas