Connect with us

Oh! Media

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Sahkan Ketua Pengarah J-KOM Tiada Kaitan Lagi Dengan Kerajaan

Fahmi fadzil jkom ohmedia

Oh! Negara

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Sahkan Ketua Pengarah J-KOM Tiada Kaitan Lagi Dengan Kerajaan

Panas! Betul-betul panas! Ohmedia tak pasti nak kongsi atau tidak video yang tersebar tu tapi apapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sudahpun mengesahkan peletakan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).

Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dan kini tiada lagi apa-apa kaitan dengan kerajaan mahupun agensi.

Dalam satu sidang media sebelum ini, Agus menafikan tindakan peletakan jawatan itu berpunca dengan desakan berikutan prestasi J-KOM yang kurang berkesan.

IKLAN

Agus dalam pada itu mendakwa dia buat keputusan itu kerana menerima tawaran daripada organisasi tempatan dan antarabangsa bagi khidmatnya.

Untuk pengetahuan korang, Agus dilantik sebagai jawatan di J-KOM pada Februari 2023 dan sejak itu banyak kritikan yang diterima kerana dilihat kurang memainkan peranan dalam menyampaikan usaha dilakukan kerajaan kepada rakyat.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas