Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Benarkan Permohonan Pasport Zahid Hamidi Untuk Ke Jerman

zahid hamidi

Oh! Negara

Mahkamah Benarkan Permohonan Pasport Zahid Hamidi Untuk Ke Jerman

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya pasportnya dikembalikan untuk urusan rawatan di Munich, Jerman.

ADVERTISEMENT

BACA: Zahid Hamidi Mohon Pasport Dipulangkan, Pergi Ke Jerman Untuk Rawatan

Dilaporkan, Ahmad Zahid  perlu mendapatkan rawatan dari pakar terkemuka di Jerman kerana menderita sakit belakang serta leher. Peguamnya berkata, rawatan intervensi di Malaysia tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan beliau.

Selepas mendengar permohonan daripada pihak pembelaan, Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa hari ini membenarkan permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Perkara tersebut disahkan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal mewakili Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah.

Di sini mahkamah sudah benarkan (mendapatkan pasport), cuma di Kuala Lumpur ( Mahkamah Tinggi) petang ini.

Dia (Ahmad Zahid) akan pergi selepas perbicaraan di sini 22 Oktober depan. Tidak tunda bicara.

Katanya lagi, permohonan pasport Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah dari 26 Oktober dan akan mengembalikannya ke mahkamah pada 21 November seperti permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu, Ahmad Zahid telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang akibat terjatuh.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas