Oh! Negara
KJ Akui Banyak Pihak Mahu Miliki Lebih 38 Juta Data Rakyat Malaysia Dalam MySejahtera
Isu data rakyat Malaysia yang tersimpan dalam aplikasi MySejahtera ketika ini tiba-tiba membangkitkan kebimbangan kita semua apabila ada pihak mendakwa kerajaan akan menjual aplikasi ini kepada syarikat swasta.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun menafikan sepenuhnya dakwaan yang timbul dan memberi jaminan data ini tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak.
BACA: Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Atas Dakwaan Kerajaan Jual MySejahtera Kepada Syarikat Swasta
Ada banyak pihak minta data pengguna?
KJ bagaimanapun mengakui banyak pihak meminta agar data pengguna dalam aplikasi ini diberikan kepada mereka bagi tujuan komersial.
Ada banyak pihak yang telah minta KKM supaya dapat guna MySejahtera untuk tujuan komersial. Saya tidak benarkan. Sebab data itu hanya boleh diguna pakai untuk tujuan Covid dan untuk tujuan kesihatan awam. – Tegas KJ.
Apa sahaja perkara melibatkan data milik kita semua adalah isu bukan main-main dan kita berikan sahaja kepercayaan itu kepada pihak kerajaan.
Kredit: Malaysiagazette
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM