Oh! Negara
Kanak-Kanak 5 Tahun Wajib Masuk Prasekolah
Kanak-kanak lima tahun wajib ke prasekolah bermula tahun ini selepas keputusan kabinet yang diumumkan Zahid Hamidi.
Nampaknya bermula tahun ini, ibu bapa dah kena ambil perhatian serius bab pendidikan awal anak-anak. Ini selepas Jemaah Menteri memutuskan bahawa semua kanak-kanak berusia lima tahun wajib masuk ke prasekolah.
Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam satu sidang media rasmi.
Prasekolah bawah KPM jadi laluan utama
Zahid berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan semua kanak-kanak lima tahun akan diselaraskan ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah memutuskan bahawa prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan di mana anak-anak berumur lima tahun akan diwajibkan untuk menduduki kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah di bawah kementerian pendidikan.- Katanya.
Tabika dan Tadika Kemas kekal untuk umur 3 hingga 4 tahun
Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, Tabika dan Tadika Kemas serta prasekolah perpaduan dan JKM masih akan terus menyantuni mereka seperti biasa.
Tambah Zahid, penting untuk silibus prasekolah lima tahun ini diselaraskan supaya ada kesinambungan bila murid masuk darjah satu nanti. Kelas yang sudah berjalan di bawah Kemas juga akan diteruskan mengikut kurikulum sedia ada.
Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa Pelan Pendidikan Malaysia kini disemak semula agar sesuai dengan keperluan semasa bagi memastikan pelajar enam tahun benar-benar bersedia untuk darjah satu.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang ada anak kecil ambil tahu hal ni awal-awal. Bila dah jadi wajib, penting untuk kita buat persediaan supaya anak-anak tak ketinggalan dan lebih bersedia ke alam persekolahan.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.


Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM