Connect with us

Oh! Media

“Kami Percaya UMNO Akan Kalah” – Tun M Buka Mulut Mengenai Isu Politik Semasa

Tun M

Oh! Negara

“Kami Percaya UMNO Akan Kalah” – Tun M Buka Mulut Mengenai Isu Politik Semasa

Isu politik di negara kita sentiasa mempunyai pelbagai khabar dan berita saban hari. Menurut satu video yang telah dikongsikan oleh Astro Awani di Twitter, bekas Perdana Menteri negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa UMNO akan kalah pada pilihan raya akan datang.

BACA: Tun Mahathir Mohamad Sudah Pulang Ke Rumah?

Menerusi video tersebut, Tun Mahathir menjelaskan bahawa kekalahan parti tersebut mungkin akan berlaku disebabkan oleh parti UMNO yang tidak memperdulikan masalah rakyat.

IKLAN

Taktik UMNO

Image 38

Tun Mahathir juga memberitahu bahawa ini adalah salah satu taktik bagi pihak UMNO untuk mengadakan pilihan raya sewaktu banjir kerana parti lawan sedang menghadapi masalah kewangan.

Kita tidak punyai wang yang banyak. Sebaliknya UMNO akan menggunakan duit kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat dan sebagainya. Kami juga akan bantu rakyat, tapi sudah tentulah kami tidak dapat guna fasiliti kerajaan, duit kerajaan untuk membantu rakyat.

Selain itu, Tun Mahathir juga menyatakan bahawa belanjawan yang diperkenalkan sebelum ini adalah khusus bagi pilihan raya. Tun Mahathir juga menyuarakan bahawa belanjawan tersebut mempunyai banyak kelemahan dan mereka tidak yakin pihak UMNO dapat merealisasikan plan belanjawan tersebut.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas