Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Mohamad Sudah Pulang Ke Rumah?

tun mahathir

Oh! Negara

Tun Mahathir Mohamad Sudah Pulang Ke Rumah?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini telah dimasukkan ke IJN bagi mendapatkan rawatan. Pada 22 Januari lepas pula, Tun Mahathir dimaklumkan telah mula sedar sepenuhnya dan berada dalam keadaan stabil.

ADVERTISEMENT

Terkini, Tun Mahathir telah selamat pulang ke rumah pada 2 Februari selepas semakin kuat. Sebelum ini Tun Mahathir ke IJN bagi menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut jantung.

Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini Tun masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan daripada pelawat. – Kata sumber kepada Utusan.

Dalam pada itu, isteri Tun Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah turut meluahkan perasaan syukur dan rasa terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesihatan suaminya. Sama-samalah kita doakan agar Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sentiasa dalam keadaan sihat.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas