Connect with us

Oh! Media

“Jika Ada Duit Dari Kaki Judi, Kita Sapu Habis” – PN Mengaku Beri Dana Sebanyak RM50k Pada Calon Parti

Untitled Design   1

Oh! Negara

“Jika Ada Duit Dari Kaki Judi, Kita Sapu Habis” – PN Mengaku Beri Dana Sebanyak RM50k Pada Calon Parti

Perikatan Nasional (PN) mengakui telah beri dana sebanyak RM50,000 kepada setiap calon yang bertanding ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut laporan Harian Metro, dana tersebut juga bukanlah dari syarikat judi seperti yang didakwa beberapa pihak dan perkara ini dikatakan sendiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mereka bimbang dengan apa yang berlaku ketika pilihan raya baru-baru ini oleh itu Anwar (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) mendakwa untuk kempen, PN menerima jutaan ringgit dana dari ‘tauke judi’… masya-Allah.

Ya, benar kami berikan dana. Saya Setiausaha Agung PN dan ada ramai calon di depan saya… 

Kami hanya memberikan RM50,000 untuk setiap calon.. jika saya ada duit dari kaki judi, saya rasa (PN) bukan saja menang 73 kerusi, 30 (kerusi) BN juga kita sapu habis.

Tapi kerana kami tidak mempunyai wang yang mencukupi… sebab itulah kita tak dapat menang banyak.

Semalam, Perdana Menteri membayangkan dana kempen pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas judi.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas