Connect with us

Oh! Media

Jangan Tolak Tawaran MRSM Hanya Kerana Miskin

Ohmedia mara bantu pelajar miskin cemerlang mrsm

Oh! Negara

Jangan Tolak Tawaran MRSM Hanya Kerana Miskin

Asyraf Wajdi rayu ibu bapa jangan tolak tawaran MRSM kerana miskin, MARA sedia bantuan khas BUDI.

Isu kewangan sering jadi sebab utama ibu bapa teragak-agak bila anak dapat tawaran ke MRSM. Ada yang sanggup lepaskan peluang besar semata-mata risau tak mampu tampung kos.

Situasi inilah yang buat Pengerusi MARA tampil bersuara dan merayu supaya tawaran MRSM tidak ditolak hanya kerana faktor kemiskinan. Menurut beliau, bantuan sebenarnya sudah tersedia untuk pelajar yang benar-benar memerlukan.

Tolong jangan tolak tawaran MRSM hanya kerana faktor kemiskinan. Saya sudah minta pengurusan MARA dan MRSM agar bantu mereka yang susah. Bantuan Khas BUDI MARA juga ada disediakan.- Katanya.

Kisah keluarga susah di Pasir Mas jadi perhatian

Kotor

Beliau berkongsi satu kisah yang menyentuh hati melibatkan sebuah keluarga susah di Pasir Mas, Kelantan. Bapa keluarga itu tidak lagi bekerja akibat kemalangan, manakala ibu pula hanya suri rumah di kampung pedalaman.

IKLAN

Keluarga tersebut mempunyai empat orang anak dan salah seorang baru menerima tawaran ke MRSM Jeli.

Namun mereka teragak-agak untuk menerimanya kerana bimbang kos perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian.

Usaha segera bantu perbelanjaan awal pelajar

Warden Mrsm

Menurut Asyraf Wajdi, beliau tidak menunggu lama untuk bertindak membantu keluarga tersebut. Bantuan awal segera diusahakan supaya pelajar itu tidak terlepas peluang pendidikan.

Saya terus telefon sahabat saya Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hariri untuk bantu perbelanjaan awal. Selebihnya insya-Allah saya dan MARA akan bantu.- Katanya.

 5535

Pssttt! Ohmedia harap korang yang dapat tawaran MRSM jangan cepat mengalah hanya sebab duit. Peluang pendidikan ni boleh ubah masa depan, dan bantuan memang ada untuk yang benar-benar perlukan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas