Connect with us

Oh! Media

“Jangan Ada Sesiapa Pun Yang Letak Jawatan” – Ahmad Maslan Minta Menteri BN Muhasabah Diri

Jpg 20221127 133005 0000

Oh! Negara

“Jangan Ada Sesiapa Pun Yang Letak Jawatan” – Ahmad Maslan Minta Menteri BN Muhasabah Diri

Susulan prestasi teruk parti Barisan Nasional dalam pilihan raya yang lalu, kebanyakan menteri telah meletakkan jawatan dan mengesa pemimpin mereka, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan hal yang sama.

BACA: “MKT UMNO Sebulat Suara Sokong Titah YDPA Bentuk Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN” – Ahmad Maslan

Hal tersebut mendapat perhatian ramai termasuk Setiausaha Agung UMNO dan ahli politik terkenal, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk memberikan pandangan mengenai isu tersebut.

IKLAN

Muhasabah diri

Image 147

Ahmad Maslan berkata bahawa semua pihak termasuk pucuk pimpinan parti tidak perlu meletakkan jawatan sebaliknya perlu bermuhasabah diri dan merapatkan kembali hubungan, berikutan kekalahan parti itu dalam PRU15.

Kalau hendak disuruh letak jawatan, ramai yang perlu letak jawatan. Ini termasuklah ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang kalah teruk iaitu mencecah lebih 7,000 PDM seluruh negara. Maka berapa ramai yang perlu letak jawatan. Oleh itu, jangan ada sesiapa pun yang letak jawatan, sebaliknya kita semua perlu muhasabah atas apa yang telah berlaku pada PRU15. – Ahmad Maslan

Sebagai info, parti Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 30 kerusi parlimen berbanding 54 kerusi parlimen pada PRU yang lepas.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas