Connect with us

Oh! Media

“MKT UMNO Sebulat Suara Sokong Titah YDPA Bentuk Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN” – Ahmad Maslan

Oh! Negara

“MKT UMNO Sebulat Suara Sokong Titah YDPA Bentuk Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui PN” – Ahmad Maslan

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengesahkan bahawa mereka sebulat suara menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dibentuk.

ADVERTISEMENT

BACA: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Akan Diadakan Esok

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memuat naik kenyataan MKT UMNO menerusi Twitternya.

MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN dalam memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Menerusi kenyataan itu lagi, MKT juga bersetuju untuk wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan yang bakal dimasyhurkan oleh YDPA kelak.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga mengesahkan bahawa MKT UMNO sebulat suara untuk terus menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Kredit: Twitter Ahmad Maslan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas