Connect with us

Oh! Media

arwah adib

Oh! Negara

Ini Jumlah Pampasan Yang Sudah Dibayar Kerajaan Kepada Keluarga Arwah Adib

Sehingga ke hari ini, masih belum ada berita gembira berkait kes pemergian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Bagaimanapun, keluarga arwah dimaklumkan sudah menerima ‘ex-gratia’ atau pampasan sebanyak RM1.5 juta dari kerajaan pada 29 November 2021.

BACA: Kes Pembunuhan Adib Ditutup Sementara, Keluarga Tak Puas Hati Dan Harap Siasatan Diteruskan

IKLAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan siasatan kes kematian arwah Adib akan tetap diteruskan secara menyeluruh. Ini amat penting untuk kita mendapatkan pembelaan sewajarnya.

muhammad adib

Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022. – Katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini turut mengatakan laporan akhir kes kematian Adib dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada bulan Jun nanti.

Kredit: MalaysiaGazeete

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas