Connect with us

Oh! Media

hadi awang

Oh! Negara

Hadi Awang Umum Perikatan Nasional Menang Bentuk Kerajaan Persekutuan

Seluruh rakyat Malaysia ketika ini masih menantikan keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke 15 walaupun beberapa kawasan sudahpun dapat kita ketahui keputusannya.

Bagaimanapun, bagi pihak Perikatan Nasional (PN) mereka dilihat yakin dapat membentuk kerajaan Persekutuan dengan keputusan awal setakat ini.

IKLAN

Perkara ini dinyatakan sendiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi.

Terima kasih beri kepercayaan mentadbir sekali lagi

Saya mewakili kepimpinan parti mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Pas dan PN untuk mentadbir negara sekali lagi.

Kami akan berusaha sedaya upaya melaksanakan tawaran-tawaran yang telah dijanjikan. Insya-Allah kami akan bincang dengan rakan-rakan PN dalam membentuk Kabinet dan kerajaan yang kita terajui.

Kredit: Kosmo

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas