Connect with us

Oh! Media

Azmin Ali Dakwa Anwar Ibrahim Takut Ditolak Pengundi Melayu Selepas ‘Lari’ Ke Tambun

Oh! Negara

Azmin Ali Dakwa Anwar Ibrahim Takut Ditolak Pengundi Melayu Selepas ‘Lari’ Ke Tambun

Keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun pada Piliharan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang mendapat respon Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jika Saya Dinobatkan Sebagai PM, Pertama Saya Lakukan Adalah Potong Gaji Dan Elaun PM” – Anwar Ibrahim

Menurut Azmin, keputusan dibuat Anwar itu adalah kerana beliau takut ditolak pengundi Melayu di Gombak serta mendakwa gabungan dipimpin Anwar mahu mewujudkan satu lagi ‘Pulau Pinang’ di Perak.

Tinggalkan Port Dickson nak masuk bertanding di Gombak. Akhirnya lari ke Tambun pula. Sebab kawasan Gombak ni majoriti Melayu. Orang Melayu tak akan terima orang yang rakus kuasa. Jadi dia (Anwar) lari ke kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Orang Melayu, Cina dan India kena faham kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak PH dalam PRU15 nanti.

Sebelumnya, Anwar dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding menentang Azmin di Parlimen Gombak pada PRU15.

Bagaimanapun, Anwar mengambil keputusan dengan mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dengan berkata, beliau tidak memilih kawasan yang mudah dimenangi untuk bertanding.

Untuk info, beliau meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson yang dimenanginya dengan majoriti 23,560 undi pilihan raya kecil Oktober 2018.

Ketika ini, kerusi Parlimen Tambun kini disandang Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu.

Kredit: FreeMalaysiaToday

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas