Connect with us

Oh! Media

“Jika Saya Dinobatkan Sebagai PM, Pertama Saya Lakukan Adalah Potong Gaji Dan Elaun PM” – Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Jika Saya Dinobatkan Sebagai PM, Pertama Saya Lakukan Adalah Potong Gaji Dan Elaun PM” – Anwar Ibrahim

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji bahawa sekiranya beliau diberikan mandat untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), perkara pertama yang akan dilakukannya adalah memotong kadar elaun dan gaji Perdana Menteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Di Ambang PRU-15, Jangan Pelik Kalau Tiba-Tiba YB Buat Perkara Ni

Memetik laporan daripada Harian Metro, Anwar juga menyatakan bahawa pengurangan dan pemotongan gaji juga akan dilakukan terhadap semua ahli Kabinet, iaitu Jemaah Menteri serta memberi jaminan bahawa bilangan ahli Kabinet juga akan dikurangkan.

Ini kesediaan saya dan ia tidak mustahil kerana yakin kesedaran rakyat. Kalau mahu Anwar jadi Perdana Menteri, Kabinet mesti dikurangkan, gaji Perdana Menteri dan Menteri mesti dikurangkan kerana kita mesti kemukakan contoh yang baik.

Biar saya beri jaminan. Jika 20 November nanti (bila) saya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, pertama saya lakukan adalah potong gaji dan elaun Perdana Menteri.

Saya hendak beritahu, kalau (dengan keadaan) ekonomi sekarang, saya tak sanggup ambil gaji sekarang. Kita harus kemuka barisan pimpinan yang kasih kepada rakyat dan baru rakyat kasih.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang itu juga mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas