Connect with us

Oh! Media

“Anak Saya Umur Enam Tahun Akan Divaksin” – Khairy Jamaluddin

khairy jamaluddin

Oh! Negara

“Anak Saya Umur Enam Tahun Akan Divaksin” – Khairy Jamaluddin

Umum pasti mengetahui yang kini vaksin Covid-19 khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun juga sudah boleh didapatkan di Malaysia. Untuk memberi kenyakinan kepada rakyat Malaysia, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin seperti biasa akan melakukannya dahulu.

ADVERTISEMENT

Terbaru, KJ mamaklumkan telah mendaftarkan anak bongsunya berusia 6 tahun untuk menerima vaksin di aplikasi MySejahtera. Pengesahan KJ ini bagi menjawab dakwaan mereka yang mengatakan anaknya sendiri tidak divaksin.

Dia tak vaksin, anak tak vaksin

Semalam saya sendiri sudah tempah vaksin untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.

Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, KJ turut memberi jaminan kanak-kanak tidak akan dikenakan larangan seperti orang dewasa jika tidak divaksin.

Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19

Jadi untuk mereka yang ada anak-anak kecil buatlah keputusan yang terbaik bagi memastikan kesihatan mereka.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas