Connect with us

Oh! Media

(Video) Gelagat Kumpulan Tabligh ‘Drive-Thru’ Tanpa Kereta Tarik Perhatian

tabligh

Oh! Lifestyle

(Video) Gelagat Kumpulan Tabligh ‘Drive-Thru’ Tanpa Kereta Tarik Perhatian

Biasanya yang kita tahu laluan pandu lalu atau drive-thru ini digunakan untuk pelanggan menjimatkan masa tanpa keluar dari kereta kerana mahu membungkus makanan di mana-mana restoran yang menyediakannya.

ADVERTISEMENT

Namun, lain pula untuk geng tabligh yang direkodkan oleh seorang pengguna di TikTok ini, dapat dilihat mereka melalui laluan pandu lalu itu tetapi hanya berjalan kaki tanpa menggunakan kereta.

Hal yang dilakukan itu telah membuat ramai netizen yang terhibur serta pecah perut melihatnya.

@danidanial2302

🚶🏻🚶🏻🚶🏻

♬ original sound – Hilman Hamzah

Meninjau di ruangan komen video itu, rata-rata netizen tergelak melihat gelagat geng tabligh terbabit, malah ada yang bergurau dengan mengatakan hanya orang beriman saja yang boleh melihat kereta mereka.

komen tiktok

Dalam pada masa yang sama, ada juga menggantikan perkataan drive-thru kepada walk-thru ekoran tindakan sekumpulan tabligh itu hanya berjalan kaki ketika membuat pesanan makanan di laluan itu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas