Connect with us

Oh! Media

(Video) Awning Tudung Asyik Tak On Point? Ini Ada Sedikit Tips..

Oh! Lifestyle

(Video) Awning Tudung Asyik Tak On Point? Ini Ada Sedikit Tips..

Bagi perempuan yang berhijab, mesti korang stress kan bila pakai tudung tapi awning tak on point. Lagi-lagi bila pakai tudung bawal. Silap haribulan, boleh terus jadi moody. Mana taknya, dah elok pakai cantik-cantik, tiba-tiba tudung pula spoil.

ADVERTISEMENT

Jadi, ohmedia nak share satu video TikTok yang ada share macam mana nak kasi awning tudung korang terus kekal on point! Tak payah beli kain mahal-mahal atau susah-susah nak tambah pin. Korang hanya perlu iron tudung korang dekat kawasan yang betul, then terus selesai masalah.

Mula-mula, of course kenalah iron tudung macam biasa sebab nak hilangkan kedut. Bila kedutan dah takde, korang lipat tudung bawal tersebut jadi bentuk segi tiga. Kemudian, korang letak bahagian awning tudung atas iron board elok-elok. Then, perlahan-lahan gosok area sebelah awning, tapi jangan sampai kena awning tu sendiri pula. Lepastu, korang try lah pakai. Tengok, ngam ke tak ngam.

Rata-rata netizen yang tengok video ni, ramai yang cakap tips ni sangat berguna dan memang jadi lepas buat. Senang cerita, ramai lah yang puas hati sebab awning terus jadi on point. Gila tak happy kalau macam tu. Ada juga yang menyesal sebab baru tahu macam mana nak buat.

Jadi, pada followers ohmedia yang belum pernah try lagi buat macam ni, boleh la cuba! Mana tahu masalah tudung on point korang selesai juga. Lepasni, takdelah jadi kentang macam selalu hahaha.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas