Connect with us

Oh! Media

Usahawan Industri Makanan Boleh Ambil Peluang Kembangkan Lagi Perniagaan Dalam Program Dapur Digital 2022

Ohmedia program dapur digital 2022

Oh! Lifestyle

Usahawan Industri Makanan Boleh Ambil Peluang Kembangkan Lagi Perniagaan Dalam Program Dapur Digital 2022

Industri makanan di negara kita juga tidak terkecuali berdepan dengan situasi kritikal akibat Covid-19. Ada yang hilang kerja, sumber pendapatan dan ada yang sampai terpaksa ‘korek’ tabung simpanan untuk menampung perbelanjaan isi rumah. Dugaan betul..

Tak duduk diam, terdapat usahawan yang ambil langkah buka gerai di tepi jalan untuk berniaga dan sebagainya demi kelangsungan hidup. 

Walaubagaimanapun, syukurlah masih ada pihak yang prihatin, bantu meringankan beban mereka dengan Program Dapur Digital 2022. Apa dia tu?

IKLAN

Program Dapur Digital 2022?

Dcaa1b92 0ad7 4899 8823 568fc739a531

Program ini adalah kerjasama antara Pepperlabs yang merupakan perusahaan Sosial bersama Yayasan Hasanah yang berperanan membantu usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) serta Mikro untuk membangunkan perniagaan mereka secara lestari.

4eff7789 27af 4979 b22e 2469e041bc17

Dalam program yang berlangsung selama 2 hari di Hotel Ancasa Kuala Lumpur, ada 56 orang peserta yang terpilih untuk menyertai. Bukan tu jer, terdapat 30 usahawan yang menyertai pula akan dipilih untuk join kelas online selama 6 minggu, siap dapat  sijil lagi tau lepas kursus habis. Memang mantap!

Fokus utama Pepper Labs ni ditubuhkan memang untuk membantu komuniti B40 dan usahawan inklusif bagi membangunkan lagi perniagaan F&B yang sedia ada. 

Pepper Labs juga mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Lagipun, mereka adalah salah satu organisasi pengasas yang mewakili Malaysia di peringkat ASEAN bagi Catalyst 2030 tau.

Cabefbf6 9008 46d0 8f4b 3401fed84feb

Bukan tu jer, usahawan mikro dan F&B juga boleh mengembangkan perniagaan dengan Cloud Kitchen dalam Teknologi Sosial dan IR4.0 Accelerator.

Apa tunggu lagi? Mereka yang berkenaan tu janganlah lepaskan peluang keemasan ini untuk kembangkan lagi perniagaan korang. Untuk info lanjut ataupun nak buat permohonan, korang boleh pergi ke pepperlabs.my sekarang ya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas