Connect with us

Oh! Media

Tilam Ada Pepijat? Ini 3 Petua Mesra Alam Untuk Menghalaunya

20230304 235023 0001

Oh! Lifestyle

Tilam Ada Pepijat? Ini 3 Petua Mesra Alam Untuk Menghalaunya

Geram bila setiap kali kita tidur badan akan terasa gatal-gatal keesokan harinya. Angkat tilam, rupanya kerja si pepijat yang menggigit kita!

BACA: Cara Mudah Tanam Kubis Dalam Pasu Di Rumah

Jangan risau, hari ini Oh! Media akan kongsi tiga petua mesra alam yang dijamin akan menghalau serangga tersebut daripada menumpang atas tilam.

IKLAN

3 petua halau pepijat

Image 35

Batang Serai

Pepijat amat tidak menyukai bau serai. Oleh itu, tumbuk batang serai hingga pecah bagi mengeluarkan bau dan letak di kawasan yang didiami serangga tersebut. Kalau nak guna pewangi serai pun dibenarkan sahaja.

Image 36

Kulit limau nipis

Bukan takat batang serai, kulit buah limau nipis pun boleh digunakan bagi menghalau pepijat. Hiris buah limau tersebut dan letak di semua tempat yang korang rasa ada pepijat. Siap boleh bagi bilik wangi lagi tau.

Image 37

Kulit durian

Kalau semua tak jalan, nampaknya kita terpaksa mengguna senjata terunggul iaitu kulit durian. Tapi pastikan waktu itu musim durian, kalau bukan musim agak susah untuk cari buah ini. Letak kulit durian di bawah katil bagi menghalau pepijat.

Tapi kalau korang jenis tak makan durian, petua ini mungkin bukan untuk korang. Kang pepijat tak lari, korang yang lari dahulu kah!

Kredit: Property Guru

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas