Connect with us

Oh! Media

Cara Mudah Tanam Kubis Dalam Pasu Di Rumah

2 20230303 230009 0001

Oh! Lifestyle

Cara Mudah Tanam Kubis Dalam Pasu Di Rumah

Kubis merupakan tanaman yang mempunyai keluarga yang sama seperti sawi. Malah, menanam pokok ini bukan terhad buat kawasan tanah tinggi sahaja, tanam depan rumah pun boleh tau!

BACA: Ini Adalah 5 Pokok Hiasan Yang Mesra Haiwan Buat Dekorasi Rumah

Kali ini, kami akan kongsi cara-cara mudah untuk menanam kubis di dalam pasu hasil nukilan Izham Alias.

IKLAN

Cara mudah tanam kubis

Kubis

Semai biji benih kubis

Biji benih bagi pokok ini seeloknya disemai terlebih dahulu dalam bekas yang kecil. Hal ini bagi mengelakkan benih tersebut dibawa lari atau dimakan oleh semut disebabkan bentuknya yang halus. Apabila benih sudah bercambah, baru anak benih itu dipindah ke dalam pasu yang besar.

Kubis

Sediakan pasu / polibeg

Pasu berketinggian 30cm dan berdiameter 30 cm merupakan pasu yang sesuai buat pokok kubis. Manakala untuk polibeg, saiz yang disarankan adalah 16 inci x 16 inci.

Kubis

Sediakan tanah campur

Tanah campur yang digunakan mestilah kaya dengan bahan organik memandangkan kubis memerlukan baja organik. Setelah cukup umur, kubis akan dipindahkan ke dalam pasu/polibeg mengikut sukatan campuran tanah 3:2:1.

Kubis

Penjagaan kubis

Siram pokok tersebut sekitar dua kali sehari dan pastikan tanah sentiasa dalam keadaan lembap. Tambahan, pokok kubis ini amat menyukai baja organik seperti baja tahi ayam dan kompos. Tabur satu sudu makan selama dua minggu sekali. Cuka kayu juga boleh digunakan bagi menghalau serangga.

Setelah tiga bulan, kubis boleh menampakkan hasilnya dan boleh dituai bila-bila masa tanpa mengikut peringkat umur. Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Kebun bandar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas