Connect with us

Oh! Media

Tiada Aksi Panas! Konsert iKON World Tour TAKE OFF Di Kuala Lumpur Berlangsung Meriah

Oh! Lifestyle

Tiada Aksi Panas! Konsert iKON World Tour TAKE OFF Di Kuala Lumpur Berlangsung Meriah

Baru-baru ini tular berkaitan video kontroversi oleh sebuah indie band dari luar negara yang membuat persembahan di Malaysia, sehingga mengakibatkan festival tersebut terpaksa dibatalkan. 

ADVERTISEMENT

Namun, berbeza pula dengan konsert kumpulan K-Pop yang memberi suasana meriah serta memori berharga buat peminat mereka. 

Siapa lagi kalau bukan iKON, kumpulan K-Pop yang dianggotai 6 orang. Boleh dikatakan iKON, antara kumpulan K-Pop yang ditunggu untuk datang ke Malaysia. 

Sabtu lepas, menjadi saksi betapa meriahnya konsert iKON World Tour TAKE OFF Di Malaysia yang dibanjiri ribuan peminat. Seperti dijangka, Axiata Arena dipenuhi lautan merah sepanjang konsert diadakan. 

Kemeriahan serta keseronokan yang bermula sejak awal pagi lagi, menggambarkan bahawa konsert iKON World Tour TAKE OFF ini mendapat sambutan hangat. 

Cuaca Bukan Penghalang Buat iKONiCs

Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu sejak awal pagi, tidak menjadi alasan buat iKONICs untuk hadir ke Axiata Arena bagi bertemu dengan idol kesayangan K-Pop mereka. 

iKON, iKONICs, iKON World Tour TAKE OFF, Konsert, Kpop, Viral

Peminat mula membanjiri Axiata Arena sejak pagi, bagi menebus tiket konsert yang telah dibeli pada awal bulan lalu. Tidak kira usia mahupun generasi, ramai peminat iKON yang hadir untuk memberi sokongan buat iKON yang hadir buat kali ketiga. 

Selain itu, pelbagai aktiviti serta penjualan merchandise iKON di sekitar pekarangan Axiata Arena membuatkan suasana konsert bertambah lebih meriah. 

iKON Buat Kejutan Untuk iKONIC

iKON, iKONICs, iKON World Tour TAKE OFF, Konsert, Kpop, Viral

Korang tahukan yang Malaysia menjadi lokasi pertama untuk iKON membuat persembahan dengan 5 ahli sahaja. Hal ini disebabkan, (Jay) ahli iKON perlu melaporkan diri bagi program ketenteraan di Korea, 2 hari sebelum berlangsungnya konsert di Malaysia. 

@era.je Terpegun jap tengok Hologram Jay tetiba ada kat skrin. Walaupun JAY iKON tak dapat join concert, tapi tengok Hologram Jay pun dah ons! 🔥 #SharERA #iKON #iKONIK #TakeOff #fyp ♬ original sound – ERA

Namun, apa yang mengejutkan adalah penampilan Jay semasa konsert berlangsung. Perkara ini membuatkan hampir 8 ribu orang peminat tidak keruan dengan kemunculan Jay.

Kemunculan Jay menggunakan hologram yang terpapar di skrin adalah kejutan khas yang disediakan oleh iKON buat iKONICs yang hadir. 

iKON “ALL OUT” Demi Peminat

iKON, iKONICs, iKON World Tour TAKE OFF, Konsert, Kpop, Viral

Konsert yang berlangsung lebih dari 2 jam ini berjaya mengubat kerinduan iKONIC yang kali terakhir menyaksikan iKON membuat persembahan di Malaysia pada 2018. 

Hampir keseluruhan lagu di album TAKE OFF, lagu solo serta lagu ikonik iKON seperti LOVE SCENARIO disajikan sepanjang konsert berlangsung. iKONICs sangat berpuas hati dengan konsert iKON World Tour TAKE OFF yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. 

Untuk maklumat, konsert iKON World Tour TAKE OFF ini adalah anjuran hasil kerjasama antara JoJo Events dan My Event International. 

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas