Connect with us

Oh! Media

Sah Tukar Lokasi. Peminat Teruja Konsert iKON WORLD TOUR TAKE OFF Beralih Ke Axiata Arena

Trending

Sah Tukar Lokasi. Peminat Teruja Konsert iKON WORLD TOUR TAKE OFF Beralih Ke Axiata Arena

Akhir-akhir ni kami dengar ramai yang kecewa sebab Malaysia selalu kena ‘skip’ kalau ada artis buat tour.

ADVERTISEMENT

Tapi tidak bagi kumpulan K-pop terkenal, iKON yang memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi konsert jelajah dunia mereka, 2023 iKON WORLD TOUR TAKE OFF.

Akhirnya Malaysia ‘wujud’ dalam peta konsert!!

Tukar Lokasi Atas Sokongan Ramai

Untuk pengetahuan, pada mulanya konsert iKON ni bakal dianjurkan di MIECC, The Mines. Tapi disebabkan iKON ni merupakan antara nama group k-pop yang agak ‘besar’, peminat meminta pihak penganjur untuk menukar lokasi konsert.

Memahami kerisauan peminat (iKONIC) dan selepas beberapa siri perbincangan, akhirnya penganjur JoJo Events dan My Event International berjaya mengubah lokasi konsert ke Axiata Arena. Yahuuu!!

Dengan perubahan lokasi ke Axiata Arena, ini pastinya lebih mengujakan dan dapat menarik kedatangan lebih ramai peminat.

Ini kerana Axiata Arena mempunyai lokasi yang strategik, ia berdekatan pengangkutan awam dan paling best suasana dalam arena tu ketika konsert.

Korang juga tak perlu risau, walaupun berubah lokasi, segala kemudahan dan infrastruktur yang dijanjikan oleh pihak penganjur seperti food truck dan loker masih disediakan.

Malah kat situ ada surau dan kawasan parkir pun luas.

Harga Tiket Serendah RM198 Je! 

Disebabkan Axiata Arena ni lebih besar, mestilah lagi ramai peminat boleh datang kan?

Haa.. Ni kami tau ramai suka, Jojo Events dan My Events International bersetuju untuk membuka kuota tiket baru iaitu Cat 5 dengan harga RM198 sahaja!

Tiada perubahan tempat bagi pemegang tiket Soundcheck, Hi-Bye, Cat 1, Cat 3 dan Cat 4. Hanya Cat 2 sahaja yang ditukar daripada standing zone ke seated area.

Bagi korang yang sudah membeli tiket sebelum ini, pihak penganjur akan menghantar email bagi memberi info dan kedudukan yang baru di Axiata Arena. 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket konsert iKON World Tour TAKE OFF ini di ticket2u bermula 28 Jun ini.

Korang juga boleh menikmati diskaun sebanyak 15% dengan menggunakan kod promosi ‘IKONKL15’. Diskaun ini hanya boleh digunakan bagi pembelian tiket Cat 1 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info terkini berkaitan konsert 2023 iKON World Tour TAKE OFF, layari laman sosial rasmi JoJo Events Instagram, Facebook dan TikTok serta laman rasmi My Event International di Instagram dan Facebook

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas