Connect with us

Oh! Media

The Music Run by CIMB Gerak Sasaran Untuk Tambah Baik Kehidupan & Kesihatan Secara Lestari

Oh! Lifestyle

The Music Run by CIMB Gerak Sasaran Untuk Tambah Baik Kehidupan & Kesihatan Secara Lestari

The Music Run by CIMB kembali ke Malaysia untuk Edisi ke-3 dengan CIMB Group (“CIMB”) sebagai Rakan Penaja Utama.

ADVERTISEMENT

Nasional Bukit Jalil menjadi saksi dengan kehadiran hampir 17,000 peserta daripada semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam acara larian ceria 5km bertemakan “Live the Beat” yang diiringi muzik di sepanjang trek larian.

Para peserta berlari bersama rentak irama muzik interaktif di sepanjang acara tersebut untuk mengekalkan motivasi yang tinggi, di samping memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk semua peserta. 

Artis Terkenal Penghibur Selepas Larian

Acara yang diberi gelaran “Asia’s Fittest Party” (Pesta Paling Cergas di Asia) diikuti dengan pesta muzik yang menampilkan penghibur antarabangsa Sam Withers dan kumpulannya turut menambilkan barisan artis terkenal yang lain termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.

Selain daripada larian dan pesta muzik, para peserta turut menikmati pengalaman yang unik, selamat, tanpa alkohol, sihat dan mesra alam dengan etos ‘More Fun. Less Waste’ (Lebihkan Keseronokan. Kurangkan Pembaziran).

“Kami berbangga untuk kembali sebagai Rakan Penaja Utama The Music Run by CIMB bagi tahun ketiga berturut-turut. Selaras dengan proposisi jenama CIMB, ‘MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA’ – kami sentiasa mengutamakan pelanggan kami dalam apa jua yang kami lakukan, memenuhi janji kami sebagai organisasi yang berteraskan matlamat untuk terus meningkatkan nilai kepada pelanggan kami.

Kami komited untuk terus menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua, di samping menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif,” kata Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan, CIMB Group.

Tambahnya lagi The Music Run by CIMB bukan sahaja menyediakan pengalaman menyeronokkan malah mengimbangi pelepasan karbon yang terhasil sepanjang tempoh acara melalui pemantauan rapi dan pengesanan oleh rakan kerjasama, YTL-SV Carbon.

The Music Run adalah satu seruan untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, di mana hari yang berikutnya harus dijalani dengan lebih baik daripada hari yang sebelumnya.

Kejayaan acara ini adalah bukti pengaruh muzik dan kecergasan dalam menyatukan orang ramai menjadi sebuah komuniti yang meraikan kehidupan sepenuhnya.

Kami percaya dalam penciptaan pengalaman yang meninggalkan kesan yang berkekalan, dan The Music Run merangkumi falsafah ini. Kami adalah Pesta Paling Cergas di Asia!”- ujar Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia.

The Music Run telah meningkat dari segi populariti sejak  anjuran pertamanya di Malaysia pada tahun 2014.

Ia telah berjaya mengumpulkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau tahap kecergasan, dengan misi untuk memberi inspirasi agar mereka dapat “Live the Beat” dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.

Sehingga hari ini, The Music Run telah disertai oleh lebih 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 buah negara.

Dengan kejayaan edisi kesembilan The Music Run, ia jelas menunjukkan acara ini bukan saja pesta yang menggabungkan muzik, kecergasan, dan persahabatan tetapi juga membawakan harapan masa depan yang positif.

Ia merupakan satu contoh di mana segala kemungkinan dapat direalisasikan apabila orang ramai bersatu hati dalam rentak impian yang sama. 

Untuk maklumat lanjut tentang The Music Run, laari www.themusicrun.com.my

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas