Connect with us

Oh! Media

CIMB Gerak Inisiatif “Harapan Ramadan” Dengan Dana Bernilai RM1.8 Juta Bagi Mereka Yang Memerlukan

CIMB

Oh! Inspirasi

CIMB Gerak Inisiatif “Harapan Ramadan” Dengan Dana Bernilai RM1.8 Juta Bagi Mereka Yang Memerlukan

CIMB Group Holdings Berhad meneruskan komitmen bagi membantu mereka yang memerlukan menerusi kempen “Harapan Ramadan”. Kempen ini merupakan inisiatif tahunan yang diketuai bersama oleh CIMB Islamic dan juga CIMB. 

ADVERTISEMENT

Tahun ini CIMB memberikan sumbangan terbesar Ramadan yang bernilai RM1.8 Juta. Bantuan ini akan dihulurkan kepada asnaf, golongan B40, ketua keluarga, ibu bapa tunggal, orang kelainan upaya, pelarian, warga emas dan golongan yang memerlukan. 

Sempena ulang tahun ke-100 CIMB Malaysia, kempen ini akan berlangsung di lebih 100 lokasi di seluruh Malaysia.

Selain itu, wang tunai juga disediakan untuk disumbangkan kepada beberapa rumah anak yatim bagi memenuhi keperluan mereka dan persiapan bagi menyambut lebaran. 

Kerjasama Enam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Kempen ini juga diusahakan dengan kerjasama bersama enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan untuk mengagihkan keperluan seperti beras, minyak masak, makanan dan lain-lain. 

Selain itu, sebanyak 650 kakitangan CIMB akan bersama membantu bagi menjayakan kempen ini. Inisiatif ini dijalankan bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka. 

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas