Connect with us

Oh! Media

Terlalu Taksub Nak Putih, Gadis 22 Tahun Insaf Hidap Bengkak Hati Akibat ‘Whitening Drip’

putih

Oh! Lifestyle

Terlalu Taksub Nak Putih, Gadis 22 Tahun Insaf Hidap Bengkak Hati Akibat ‘Whitening Drip’

Kenapa zaman sekarang ni semakin ramai yang terlalu taksub untuk memutihkan kulit tidak kira wanita mahupun lelaki. Memang tidak dapat dinafikan ini semua berpunca dari lambakan produk pemutih di pasaran tetapi adakah semuanya baik?

ADVERTISEMENT

Itulah apa yang terjadi kepada seorang wanita yang terlalu ingin memutihkan kulitnya dan akhirnya mengidap penyakit bengkak hati.

“Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih”

Wanita ini dikenali sebagai Umie Hafieza dan berkongsi apa yang dilalui di TiktTok miliknya. Dia yang sedang menerima rawatan di Hospital Besut, Terengganu itu mengambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai wanita di luar sana yang taksub untuk putih.

Hafieza yang baru berusia 22 tahun itu berkongsi perjalanan dirinya selama 4 hari di dalam wad hospital.

Orang lain sibuk merentas negeri, kita kena duduk dalam hospital. 11 botol masuk air, tiga kali ambil darah. Perit. Kesan rawatan, makan jamu dan minuman untuk kurus.

Punca hati tinggi, hati bengkak. Sayangilah diri anda. Jangan terpengaruh macam saya. Nak cantik tapi sakit atau nak cantik tapi sihat,

Hafieza kini sudah dibernarkan pulang ke rumah tapi perlu menjaga pemakanan seharian dengan sebaiknya.

@umiehafiezaa

Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih 😷 #fyp #fypindonesia

♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas