Branded
Terlajak Tap Sampai Pokai? Ini Cara Sebenar Nak Kawal Duit Dalam Era Cashless!
Siapa ingat lagi buku 555? Dulu, buku inilah yang mengajar kita disiplin mengawal wang dan membezakan antara keperluan dan kemahuan melalui catatan manual, serta menjadi asas penting untuk memahami aliran tunai peribadi.
Kini, transaksi digital seperti kad debit, kad kredit, dan pembayaran QR telah menjadikan perbelanjaan terlalu mudah dan perkara ini sering menyebabkan kita lalai, berbelanja secara impulsif dan akhirnya terkeluar dari bajet yang dirancang.
Jadi, dalam era tanpa tunai ini, timbul satu persoalan, mana yang lebih baik digunakan untuk mengurus kewangan harian? Kad kredit yang menawarkan ganjaran tapi berisiko hutang, atau kad debit yang terikat terus pada had wang kita?
Kalau korang nak tahu, jom dengar perkongsian antara KJ dan Mr Money dalam episod terbaru Keluar Sekejap Lagi!
Tap, Tap, Tap Tanpa Melakukan Pengiraan Akan Mendatangkan Masalah
Di awal podcast ini, KJ dan Mr Money bertukar pendapat tentang bagaimana setiap generasi menggunakan wang mereka dan ke arah mana aliran kewangan mereka pergi.
Sehinggalah satu ketika, di mana KJ bertanyakan pandangan Mr Money tentang generasi kini yang terikat dengan pelbagai jenis hutang, termasuk hutang kad kredit.
“Dulu kita dapat rasa kekurangan wang apabila bayar menggunakan wang kertas atau syiling. Tapi, dengan kad kredit, yang merupakan pinjaman bank, kita tak rasa duit keluar”
Mr Money tekankan bahawa situasi ini menjadi salah satu punca kenapa ia mendatangkan masalah dari sudut kewangan, kerana kita tak rasa wang keluar dan masuk.
Tambah KJ, jika dibandingkan dengan kad debit, sekurang-kurangnya kita tahu kita membelanjakan wang kita sendiri dan dari situ juga kita akan lebih cakna tentang keperluan dan kemahuan.
Selain itu, Mr Money juga berpendapat bahawa dengan menggunakan kad debit, ia akan memudahkan kita untuk menjejaki aliran tunai menerusi analisis yang ditetapkan pada aplikasi perbankan.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut, mana satu pilihan yang terbaik untuk mengurus kewangan harian, tonton episod terbaru podcast Keluar Sekejap Lagi.
Menggunakan Kad Debit Adalah Pilihan Lebih Bijak, Ini Sebabnya
Jujur cakap, kalau tanya kami, kami lebih prefer untuk menggunakan kad debit berbanding kad kredit. Tapi, kenapa?
Jawapannya, pantas, selamat dan mudah diakses di mana-mana!
Nak buat pembayaran, cuma tap saja, dan kalau bawah RM250, korang tak perlu masukkan nombor PIN tau. Pantaskan? Jauh lebih laju daripada tunggu eWallet korang loading…
Kalau korang berada dalam situasi di mana kad debit hilang, korang tak perlu risau sebab korang boleh bekukan kad serta-merta menggunakan aplikasi perbankan.
Psst, setiap transaksi yang korang lakukan, semuanya on-the-spot masuk dalam notifikasi, jadi tak ada benda yang perlu dirisaukan lagi sebab ianya memang selamat!
Paling penting, kad debit ni boleh digunakan di mana-mana saja tak kira kedai runcit ke pusat belah ke, semua ada! Korang pun boleh hubungkan ke Apple Pay, Google Pay atau Samsung Pay.
Dari segi perbelanjaan pula, korang kawal 100% sebab korang hanya guna apa yang ada dalam akaun bank, senang nak buat bajet!
Kalau belanja dalam talian, korang boleh set spending cap harian dalam aplikasi perbankan tau, tak ada lah korang nak overspend nanti!
Paling best, kalau guna kad debit, korang akan dapat macam-macam pulangan tunai dan hadiah lumayan tau!
Jadi, tunggu apa lagi, jom berbelanja dengan lebih bijak dan yakin dengan kad debit. Maklumat lanjut, ikuti media sosial Pay With Debit di Facebook, Instagram, X dan TikTok.