Branded
sooka Gilerrr Streaming Challenge Catat Malaysia Book of Records Kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking
sooka baru-baru ini menjayakan acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang menyaksikan 273 peserta berkumpul sepanjang hari untuk menangani pelbagai cabaran kompetitif sambil strim sooka secara langsung.

Acara ini telah mencatat sejarah dan diiktiraf oleh Malaysia Books of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.

Pada masa yang sama sooka turut melakar pencapaian baharu dalam penawaran kandungan dengan pelancaran sooka Shorts, hiburan mikrodrama yang bakal dilancarkan Disember ini.
Dihadiri selebriti terkemuka


Turut memeriahkan acara berkenaan adalah duta jenama sooka Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah yang meluangkan masa berinteraksi dengan para peserta dan peminat.

Selain itu, program ini turut menampilkan persembahan istimewa daripada finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 Finalis Astro Star Quest, barisan pelakon Astro Originals dan sooka Shorts, serta artis termasuk Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.
Peserta tamatkan cabaran terima ganjaran

Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah, di mana pemenang hadiah utama membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5.
Peserta lain yang berjaya menamatkan setiap peringkat cabaran turut menerima ganjaran menarik termasuk TV Pintar Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air serta Monitor Permainan Samsung dan banyak lagi.
Nantikan sooka Shorts
sooka bakal membawakan hiburan mikrodrama dengan pelancaran sooka Shorts pada Disember ini. Dalam acara tersebut, sooka menayangkan pratonton eksklusif sooka Shorts
ciri mikrodrama baharu yang direka khas untuk penonton yang mahukan kisah menarik, padat dan singkat.


Sebagai sebahagian daripada pratonton awal, penonton akan dapat menonton kandungan
seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku, dan Raja Fitnah
bermula 12 Disember 2025 ini.
Kandungan ini kemudian akan diperkukuh lagi melalui kerjasama dengan studio produksi serantau untuk menghasilkan kandungan lain, di samping kandungan mikrodrama Korea.
Episod terpilih boleh diakses secara percuma, manakala akses penuh akan ditawarkan kepada pelanggan pelan Entertainment dan ke atas, membolehkan pelbagai penonton meneroka format baharu ini sebaik sahaja ia dilancarkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV stick, sila layari https://sooka.my/ dan https://sooka.my/m/sooka-stick. Untuk khidmat pelanggan, WhatsApp sooka di +603 95493792, lawati support.sooka.my atau e-mel kami di [email protected].
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM