Connect with us

Oh! Media

SUV Terjunam Dalam Gaung: Tiada Kesan Brek Ditemui, Polis Siasat Pihak Alih Tanda Amaran

Ohmedia suv Gaung

Oh! Tidak

SUV Terjunam Dalam Gaung: Tiada Kesan Brek Ditemui, Polis Siasat Pihak Alih Tanda Amaran

Mangsa, Hassan Shazali, seorang guru, bersama Suzaimah Che Azis dipercayai dalam perjalanan ke Gua Musang.

Tragedi meragut nyawa pasangan bakal pengantin di Hulu Terengganu terus meninggalkan persoalan apabila polis mengesahkan tiada kesan brek ditemui di lokasi kejadian.

Memetik laporan Berita Harian, papan tanda amaran dan penghadang jalan di laluan yang sepatutnya ditutup juga didakwa telah dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Laluan ditutup tapi papan tanda didakwa dialihkan

Suv

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, kenderaan itu dipercayai dipandu terus menuju laluan terputus akibat tanah runtuh dan terjunam sedalam 61 meter dalam gaung.

IKLAN

Jika pemandu memandu laju, biasanya kenderaan akan ‘terbang’ sedikit sebelum terjatuh ke dalam gaung. Namun, berdasarkan serpihan kenderaan yang ditemui di lereng gaung, polis yakin SUV itu tidak dipandu laju dan terus terjunam ke bawah.

Beliau memaklumkan siasatan awal mendapati pemandu tidak memecut dan polis percaya punca kemalangan berpunca daripada kecuaian manusia kerana kurang beri tumpuan penuh ketika memandu.

Sememangnya terdapat papan tanda amaran dan penghadang jalan yang dipasang di lokasi tersebut, namun difahamkan ia telah dialihkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tapak perakam dashcam ditemui, tapi kamera tiada dipercayai tercampak

Suv

Polis turut memaklumkan kamera dashcam tidak ditemui di dalam SUV terbabit dan dipercayai tercampak ketika kejadian.

Operasi membawa naik kenderaan memakan masa hampir empat jam berikutan cuaca hujan yang menyukarkan usaha pasukan keselamatan.

Susulan itu, polis akan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang mengalihkan atau mengganggu tanda amaran keselamatan jalan.

Pssttt! Dakwaan papan tanda dialihkan wajar dipandang serius kerana satu tindakan cuai boleh meragut nyawa. Semoga kejadian ini membuka mata semua pengguna jalan raya untuk lebih peka dan berhati-hati.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas