Oh! Artis
Rita Rudaini Dan Voice Of Parents Raikan Guru MRSM Subes Dalam Jamuan Akhir Tahun
Rita Rudaini mewakil VOP berterima kasih kepada guru MRSM Subes.
Pelakon popular, Rita Rudaini berkongsi momen istimewa meraikan guru-guru MRSM Sungai Besar (Subes) dalam satu jamuan akhir tahun yang dianjurkan oleh Voice of Parents (VOP).
Rita turut memuat naik gambar para guru yang menikmati hidangan sambil tersenyum, mencerminkan hubungan erat antara ibu bapa, sekolah dan guru-guru yang menjaga masa depan anak-anak mereka.
Rita dan Voice of Parents (VOP) rai guru-guru
Perkongsian Rita turut disertakan ucapan menyentuh hati sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik yang sentiasa berbakti sepanjang tahun.

Rita yang mewakili Voice of Parents (VOP) berterima kasih kepada semua guru MRSM Subes yang telah berusaha tanpa henti sepanjang tahun.
Rita turut berdoa agar para guru terus diberi kekuatan dalam mendidik anak bangsa.
Pssttt! Lain macam aura kasih yang ditunjukkan dalam hantaran Rita kali ini. Di sebalik isu-isu yang pernah timbul, jelas hubungan antara ibu bapa dan guru tetap utuh dan dihargai. Dedikasi guru memang tak pernah ternilai, dan ucapan sebegini mampu memberi semangat baru kepada mereka yang setiap hari berjuang mendidik anak bangsa. Semoga budaya menghargai guru terus subur dalam masyarakat.
Kredit: Instagram Rita Rudaini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM