Connect with us

Oh! Media

Tauhu Ayam Mudah Dibuat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

Article 3 28 3

Oh! Lifestyle

Tauhu Ayam Mudah Dibuat, Sedap Hingga Menjilat Jari!

Selalunya kita dengar tauhu begedil kan? Haa Kali ini Oh! Media nak kongsikan resipi perkongsian Nick Ryzal, iaitu tauhu ayam!

Sesiapa yang ada tauhu lebih dekat rumah tu, tak tahu nak buat apa, korang bolehlah cuba resipi ini sebab sangat mudah dan sedap. Anak-anak mesti suka kalau petang-petang dapat makan tauhu ayam ni.

Resipi ni bukan je sedap, tapi berkhasiat! Sebabnya, tauhu kaya dengan sumber protein dan kalsium. Tak payah nak risau anak-anak makan makanan mengarut lagi dah. Buat je ni, mesti diorang lupa terus jajan atau makanan lain. Hehe, jom buat!

IKLAN
89976072 3363201120360806 2171134516775616512 n

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan untuk buat tauhu ayam ini adalah:

  • Dada Ayam
  • Tofu telur
  • Tauhu dadu
  • Telur
  • Bawang besar
  • Pati ayam
  • Daun sup

Cara-cara

Pertama sekali, korang kena kisarkan bahan-bahan seperti ayam, tofu telur, tauhu dadu dan telur dalam blender.

No photo description available.

Kemudian, dah siap kisar, korang keluarkan ramuan tadi dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan daun sup, pati ayam, garam, lada putih, ajinomoto atau sebarang sayur yang korang nak. Terpulang ikut selera masing-masing.

No photo description available.

Seterusnya, kukus ramuan tadi mengikut acuan yang korang nak. nak buat bentuk empat segi ke, bulat ke, ikutlah kreativiti masing-masing okay!

No photo description available.

Akhir sekali, korang boleh panaskan minyak dan goreng dengan salutan telur untuk bagi dia garing. Dah garing kekuningan, korang angkat dan siap untuk dihidang!

No photo description available.

Senang je kan? Haa lepasni bolehlah jadikan resipi ni sebagai salah satu menu untuk minum petang dengan keluarga. Bukan je mudah nak buat, tapi sedap sangat! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas