Connect with us

Oh! Media

Tak Pernah Berbekam? Ini Khasiat Bekam Yang Korang Kena Tahu!

Article 2 7 2

Oh! Lifestyle

Tak Pernah Berbekam? Ini Khasiat Bekam Yang Korang Kena Tahu!

Siapa dekat sini pernah berbekam? Atau ada yang tak pernah langsung dengar apa itu bekam?

Haa, kali ini Oh! Media nak kongsikan dengan korang, khasiat berbekam yang mungkin ramai tak tahu. Bekam ini dah wujud lama tau, sejak zaman dahulu kala lagi!

Kalau korang nak tahu, bekam ni dia keluarkan darah kotor daripada badan dengan membedah sikit pada kepala atau belakang badan serta hisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah.

IKLAN

Senang cerita, bekam ni maksudnya mengeluarkan sesuatu dari badan dengan menggunakan peralatan tertentu untuk melakukan sedutan.

Banyak khasiat yang kita boleh dapat kalau berbekam ni. Yela, keluarkan darah kotor dari badan, mestilah badan kita akan lebih sihat, kan? Jom baca sampai habis untuk tahu apa sebenarnya khasiat berbekam ni!

1. Rawat kulit

Acne treatments at skinrenewal

Siapa ada masalah kulit dekat sini? Haa,korang tahu tak, berbekam ni mampu merawat kulit yang bermasalah dan juga resdung tau! Bekam boleh melancarkan aliran darah pada bahagian muka untuk kelihatan seperti awet muda. Siapa taknak nampak muda kan? Hehe.

Kulit muka yang bermasalah dan berpunca daripada bakteria boleh dipulihkan dengan bekam kerana berbekam akan mengeluarkan semua bakteria tersebut dengan darah kotor yang pekat.

2. Tubuh lebih cergas

Spring clean your skin 4 dermatologist approved ways to refresh your skin

Berbekam bukan sahaja boleh mencantikkan kulit wajah, tetapi memberi kesegaran dan mencergaskan tubuh badan. Terapi bekam ini dilakukan untuk melancarkan aliran tenaga dalam darah. Apabila bekam dilakukan, semua darah kotor dalam badan akan dibuang dan badan akan menjadi lebih sihat.

3. Kurangkan senggugut dan pening kepala

58 senggugut

Untuk para wanita yang selalu menahan sakit senggugut ketika datang bulan, korang boleh cuba rawatan berbekam ni! Bekam juga boleh kurangkan sakit pening kepala dan melancarkan peredaran darah tersumbat yang membuatkan badan rasa penat dan berat.

4. Buang angin dalam badan

035626800 1555925208 kenali gejala tipes dan komplikasinya jika tidak segera diobati by studio kiwi shutterstock

Berbekam boleh dibuat di beberapa bahagian di tubuh badan tau! Kalau korang rasa letih dan lesu, cuba berbekam di kawasan leher, bahu dan otot untuk menyegarkan tubuh badan. Selalunya, apabila seseorang berbekam, angin akan keluar dari badan melalui sendawa atau kentut dan membuatkan badan terasa lebih ringan.

Bekam 9f1533e3ae9f5b82df10cc82b81c3972

Itulah dia antara khasiat berbekam yang korang perlu tahu. Banyak sebenarnya kan khasiat berbekam ni? Kalau ada kesempatan, bolehlah cuba rawatan ini untuk tahu akan keberkesanannya pada tubuh badan kita. Kongsikan khasiat ni dekat keluarga atau kawan-kawan yang mengalami masalah-masalah di atas okay! Selamat mencuba!

Kredit: Remaja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas