Connect with us

Oh! Media

Sumbangan RM9 Juta Rakyat Malaysia Mula Digunakan Untuk Selamatkan Baby Naail

baby naail

Oh! Lifestyle

Sumbangan RM9 Juta Rakyat Malaysia Mula Digunakan Untuk Selamatkan Baby Naail

Sama-sama kita doakan agar Baby Naail, Wan Muhammad Naail dapat kembali sihat seperti kanak-kanak biasa. Itulah antara doa dan harapan rakyat Malaysia ketika ini selepas berjaya bersama-sama mengumpul RM9.28 juta dengan usaha pihak Misi Rakyat.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakyat Bersatu Hati Kumpul RM9 Juta Buat Baby Naail, Nama Penderma Terbanyak Rupanya Usahawan Terkenal!

Untuk pengetahuan korang, baby Naail menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1 dan kita sudahpun bermula prosedur untuk rawatan Gene Therapy Zolgensma.

Perkembangan terkini itu dikongsikan sendiri oleh ibunya, Siti Noraraihan Mohd Amin yang mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya anaknya dapat memulakan rawatan yang cukup mahal.

Baby Naail sudah mula kenal orang, menangis tiap hali nampak nurse…

baby naail

Kini adik Naail perlu diasingkan daripada orang ramai bagi memastikan rawatan berjalan lancar.

Sejak sudah kenal orang ini, nampak jururawat baju hijau je nangis. Bengkak mata menangis sahaja hari ini.

Moga dipermudahkan segala urusan Naail, InsyaAllah tunggu keputusan darah yang diambil hari ini. Nanti Raihan akan bagi perkembangan tarikh rawatan Naail bila ya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas