Connect with us

Oh! Media

Suka Minum Kopi Tapi Takut Gigi Kuning? Ini Tips Yang Korang Boleh Ikut!

gigi kuning

Oh! Lifestyle

Suka Minum Kopi Tapi Takut Gigi Kuning? Ini Tips Yang Korang Boleh Ikut!

Siapa dekat sini yang suka minum kopi atau teh tapi takut gigi akan kuning? Selalunya mesti akan control minum kopi sebab taknak gigi jadi kuning! Malu weh!

ADVERTISEMENT

Sekarang ni, kebanyakan orang akan minum kopi untuk ikut ‘trend’ semasa kan? Dah banyak sangat kedai kopi yang dibuka di Malaysia ni. Kalau dulu kita tengok orang-orang tua yang selalu minum kopi, tapi sekarang ni, kebanyakannya orang muda yang minum kopi! Yela, dah macam-macam jenis kopi wujud pada zaman 2022 ni.

Tapi tak dinafikan, bukan semua orang minum kopi ni sebab ikut trend je, tapi ada yang memang betul-betul suka kopi dan akan minum kopi atau sebarang kaffein untuk hilangkan rasa mengantuk.

Kalau sehari tak minum kopi, ehh tak sah la! Haa gitu la dia kata-kata yang selalu kita dengar daripada si penggemar kopi. Hahaha.

Korang yang minum kopi atau teh hari-hari, tahu tak yang dua air ni boleh membuatkan gigi korang jadi kuning? Ke korang minum je tanpa perhati warna gigi? Redha je gigi kuning? Hahah.

Sememangnya kalau kita kerap minum kopi atau teh, gigi kita akan menjadi extra kuning dan juga boleh bagi kesan pada kesihatan gigi jika tak dijaga dengan rapi. Tapi, korang jangan risau! Oh! Media nak kongsikan satu perkongsian dari doktor gigi, cara untuk mengurangkan kesan buruk kopi dan teh pada gigi kita! Jom baca!

1. Minum guna straw

Okay tips pertama, kalau nak elakkan gigi kuning minum kopi atau teh, korang boleh cuba minum gunakan straw! Jangan minum direct dari cawan sebab bila terkena gigi, warna air tersebut akan lebih cepat melekat dan menguningkan gigi, terutama gigi depan.

2. Elak minum terlalu panas

Kalau nak minum kopi, jangan minum bila terlalu panas okay! Tunggu sejuk sikit, baru minum sebab suhu yang tinggi boleh bagi kesan buruk pada struktur dalaman gigi dan akan buat gigi lebih mudah bertukar warna.

3. Kumur atau bilas mulut

Bila dah minum kopi atau teh tu, kerapkan bilas atau kumur mulut dengan air putih tau! Sebabnya, kita taknak biarkan minuman tersebut mudah melekat pada permukaan gigi.

4. Jangan terus berus gigi

Ini sangat penting! Elakkan memberus gigi selepas minum kopi atau teh. Hal ini kerana, kedua-dua minuman ini merupakan asid, jadi kalau korang terus berus gigi lepas minum, perbuatan ini boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut dan buat struktur gigi jadi lebih lemah. So, kalau nak berus gigi, tunggu 30 minit- 1 jam okay?

5. Minum latte

Kalau korang nak tahu, susu dalam kopi atau teh boleh kurangkan sisa minuman dari melekat atas permukaan gigi tau! Jadi, korang boleh cuba minum latte hari-hari instead of americano!

6. Jaga kebersihan mulut

gigi kuning

Akhir sekali, korang kena pastikan penjagaan yang rapi untuk mulut, terutama gigi! Kena sentiasa rajin buang karang gigi sebab kalau tak, warna kekuningan akan senang melekat dekat gigi. Rajinkan guna floss dan berus gigi menggunakan ubat gigi yang sepatutnya. Jangan malas okay!

gigi kuning

Jadi, kalau korang ikut semua step di atas, gigi korang takkan kuning ke? Jawapannya tidak! Bukannya kalau korang ikut semua step di atas akan terus tak kuning, tapi boleh kurangkan kekuningan gigii tu. Kalau sebelum ni 60% kuning, lepas ikut step di atas, mungkin 30-40% je kan? Haa tak rugi pun kalau nak ikut!

Bolehlah share kan tips ni dekat kawan-kawan atau keluarga yang suka minum kopi okay! Gigi cantik barulah orang lain suka tengok. Tak gitu? Hehe, selamat mencuba!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas