Oh! Lifestyle
Sambutan Tahun Baru Cina Makin Dekat, Ini Adalah Adat Dan Pantang Larang Ketika Perayaan
Pada
Oleh
Umum mengetahui bahawa kaum Cina akan menyambut perayaan tahun baru mereka pada hujung minggu ini. Tahun 2023 merupakan tahun bagi Arnab yang merupakan binatang keempat dari haiwan zodiak.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun Arnab Air yang menjadi simbol umur panjang, keamanan dan kemakmuran. Sewaktu perayaan, ada beberapa adat dan pantang larang yang perlu diikuti. Hm, agaknya apa eh?

Pantang ini selalu kita dengari di mana masyarakat Cina percaya bahawa menyapu rumah ketika hari perayaan seolah-olah ‘membuang’ tuah. Justeru, mereka akan membersihkan rumah sebelum sambutan tahun baru.

Masyarakat Tiong Hua akan mengenakan pakaian baru pada hari perayaan sebagai simbolik bagi bermulanya tahun baru. Ia juga digambarkan sebagai permulaan ‘tenaga’ baru dalam hari pertama tahun itu.

Ketika perayaan, kaum Cina akan mengelak daripada berkata kesat atau kasar kerana dipercayai akan membawa nasib malang.

Pakaian berwarna hitam atau putih adalah tidak dibenarkan kerana masyarakat Cina percaya ia merupakan warna yang melambangkan kematian.

Wang di dalam Angpau biasanya akan diberi dalam jumlah dan bilangan yang genap. Contohnya, angpau berjumlah RM6 perlu diberi bilangan dua keping kertas iaitu RM5 dan RM1. Hal ini kerana masyarakat Cina percaya bahawa genap memberi maksud lebih sempurna.

Pemberian buah limau mandarin juga menjadi amalan masyarakat Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan. Warna limau yang seakan-akan keemasan dianggap seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.
Ha, sekarang dah tahu bukan apa adat sempena Tahun Baru Cina ini. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat masyarakat yang menyambutnya. Gong Xi Fa Chai!
Kredit: Astro Awani I Malaysiasite
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pernah tak anda tidur hampir lapan jam, tetapi bila bangun pagi badan masih terasa lesu dan...
Korang perasan tak, pantang ada masa lapang atau hujung minggu, mesti kita cari kafe estetik baru...
Kediaman mewah Cristiano Ronaldo di Cheshire kini dijual RM27.9 juta dengan fasiliti eksklusif.
Kalau korang peminat SHINee, mesti kenal dengan MINHO yang terkenal dengan imej aktif, suka bersukan dan sentiasa penuh bertenaga....
Kalau sebut tentang rumah pintar, ramai mungkin terus membayangkan pelbagai peranti canggih yang penuh dengan fungsi...