Connect with us

Oh! Media

Kekal Dalam Keharmonian & Kebijaksanaan. Sunway Angkat Tema Kepentingan Pendidikan Sempena Tahun Baru Cina

Branded

Kekal Dalam Keharmonian & Kebijaksanaan. Sunway Angkat Tema Kepentingan Pendidikan Sempena Tahun Baru Cina

Musim perayaan sentiasa menjadi waktu yang dinantikan rakyat Malaysia. Tidak kiralah sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Deepavali semua perayaan diraikan dengan meriah dalam suasana penuh keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, bangsa dan etnik.

Namun begitu, serangan pandemik mengubah landskap kemeriahan yang memberikan impak kepada sebahagian besar masyarakat negara kita. 

Kebebasan menjadi terbatas dan menyebabkan segala aktiviti lebih tertumpu di rumah termasuk pembelajaran dan pekerjaan. 

Ramai yang kehilangan pekerjaan dan mengharapkan keajaiban, agar keadaan ini berakhir dan kehidupan kembali seperti sedia kala.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan dari tahun 2016-2020, negara ini mencatatkan 2.7 juta golongan berpendapatan yang rendah (B40). Manakala 6 daripada 10 orang kanak-kanak dan remaja tidak mendapat tahap pendidikan yang minimum.

Komited dengan usaha melaksanakan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (17SDGs) yang dipelopori oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sunway melancarkan pelbagai inisiatif dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan memperkasa membangunkan masyarakat bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan.

Perayaan dirai penuh kesederhanaan

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, Sunway mengangkat tema Berjaya Dalam Keharmonian & Kebijaksanaan (Thriving in Shared Prosperity and Wisdom) untuk menunjukkan pentingnya pendidikan bagi mengubah kehidupan.

Melalui video perayaannya, Sunway mengambil inspirasi daripada kisah sebenar Chow Shenn Kuan, penerima Biasiswa Khas Yayasan Jeffrey Cheah.

Video berbentuk animasi ini memaparkan kehidupan Chow Shenn Kuan dan teman baiknya Irene yang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza.

Rutin seharian mereka menjadi perbandingan, menunjukkan perbezaan sosial antara dua gadis ini. Namun demikian, di sebalik semua itu mereka menjadi sahabat baik, mempunyai minat yang sama, belajar daripada satu sama lain dan akhirnya saling berkongsi dalam kehidupan.

Walaupun perayaan Tahun Baru Cina sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya, Sunway tetap meneruskan tradisi memberi kembali kepada masyarakat yang kurang berkemampuan melalui #SunwayforGood CNY Cheer.

Lebih bermakna Sunway turut menyampaikan bantuan kepada 8 buat rumah kebajikan terpilih di Ipoh iaitu Precious Gift Orphanage Society, The Salvation Army Boys Home, Vision Home, Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin “Anning”, Pertubuhan Pengurusan Pusat Jagaan 1Malaysia Perak, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, Hannah Home dan New Hope Children’s Home bagi bersama meraikan perayaan Tahun Baru Cina.

Dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia, Sunway CNY Cheer turut mengedarkan barangan runcit, komputer riba, beg sekolah, Vitamin C, biskut, pembersih tangan, ang pow dan bungkusan makanan tengah hari kepada kanak-kanak daripada keluarga B40.

Semoga dengan pemberian ini, memberikan senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Sunway mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Cai!

Untuk info lanjut, layari: http://sunway.my/CNY2021OhMedia

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas